Tuesday, 31 January 2012

Malu seorang Wanita

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

 Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba. 

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya. 

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: 

"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi) 

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian. 

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya. 

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu. 

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

 "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu." 

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia. 

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. 

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka. 

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan 
hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman. 

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita. 

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya. 

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

p/s: sifat MALU melambangkan seorang wanita SOLEHAH. :D

cakap pasal JODOH dengan mak? :D

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Tadi borak-borak dengan mak pasal kahwin. mak macam setuju je kalau anak dia kahwin awal asalkan jumpa orang yang boleh jaga anaknya dengan baik. :D Tetapi, itu terlalu susah buat masa ni. Lagipun jodoh pertemuan ditangan Allah SWT kan?

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Alhamdulillah. Doakan ana supaya dapat jodoh yang terbaik.
Salam mujahadah ! ^_^v 

Sunday, 15 January 2012

♥♥♥ Ujian CINTA ♥♥♥

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t



Buat hati ini, jua hati-hati yang belayar di samudera cinta...


Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah al 'Adzim...Alladzi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum, wa-atubu ilaih...


Terasa hati ini kian lama kian gelap diselaputi dosa. Pelbagai dosa.Yang tersirat, mahupun yang tersurat.Yang sengaja, mahupun yang tak sengaja.Kian lama, kian parah...


Dan kini, kesannya mula terasa. Diri kian lalai. Fikiran sering memikirkan perkara-perkara yang lagha.Semuanya berpunca dari hati.. :( hmm..


Benarlah sabda Nabi,"Dlm diri manusia ada seketul darah, bila baik ia,maka baiklah seluruh (anggota badan),bila rosak ia, maka rosaklah seluruh (anggota badan),ketahuilah, itulah HATI.."


Dunia remaja, dunia yang sering memberi begitu banyak ujian pada hati. Dan ujian terberat, yang amat sukar ditangani. Dan tak dapat lari dari diri remaja ialah,ujian cinta...


Ujian inilah yang sudah banyak menumbangkan pemuda-pemuda yang asalnya hidup berlandaskan Islam,mengikut sepenuh ajaran Islam,tapi akhirnya hanyut, hanyut & terus hanyut. Hinggalah terjunam ke dalam lembah yang amat hina. Na'udzubillah...


"Janganlah kamu mendekati zina,Sesungguhnya ia adalah perkara yang terkutuk dan jalan yang keji"Maknanya, jangan ada zina mata, zina telinga, zina mulut, zina hati....Kerana semua ini adalah perkara-perkara yang mendekati zinaatau jalan yang menuju ke lembah zina...Maka, hindarilah...!!


Rasanya, sudah cukup setakat ini aku memulakan langkah ke alam yang tak sepatutnya aku lalui ini. Berfantasi, berimaginasi dengan sesuatu yang aku sendiri tak pasti. Cinta itu memang FITRAH, namun bila gagal mengawalnya,maka itu yang jadi PARAH...Insya' Allah, bila tiba masanya nanti, cinta itu akan bertaut juga. Jodoh tak ke mana, kerana segalanya sudah ditakdirkan-Nya...


"Aku tak ada hak untuk mengasihi dia,Dan dia tiada hak untuk mengasihi aku,
Aku tak ada hak untuk merindui dia,Dan dia tiada hak untuk merindui aku,
Aku tak berhak untuk berada di hatinya,Dan dia tak berhak untuk berada di hatiku...
Kerana HAK itu hanya milik pasangannya yg SAH...!!"


Cuba kita fikirkan,


Kalau lah orang yang kita suka itu bukan pasangan yang ditakdirkan untuk kita,Maka sebenarnya kita dah mengambil hak isteri atau suami orang yang kita suka itu. Dan orang yang mengambil hak orang lain adalah orang yang zalim...
Dan kalau lah isteri atau suami orang yang kita suka itu tahuyang kita pernah suka kat suami atau isteri depa,mesti depa rasa lain macam dengan kita kan? Kadang-kadang mungkin boleh menimbulkan ketidakpuashatian,ataupun yang lebih bahaya boleh menimbulkan fitnah kepada kita dan dia. Na'udzubillah...
Cinta sebelum nikah itu cinta yang tak bermakna. Cinta tanpa asas yang kukuh untuk dipegang. Cinta yang perit...Kerana tatkala hati kian diambung gelora cinta,namun anggota tak bisa melakukan apa-apa. Syariat tetap membataskan. Hati perlu dijaga, anggota badan perlu dijaga. Maruah, nama keluarga. Dan yang paling penting panji Islam itu, yang sangat perlu dipelihara. Jadi, mengapa perlu menyeksa jiwa tatkala jasad tak bisa melakukan apa-apa....??Buang masa....


"Tiada cara lain untuk mengawal syahwat,selain mengadu dan mendekatkan diri kpd Allahdan rasa takut dgn azabNya,"

Bila diri kian jauh dari Allah,maka makin mudah la syaitan nak perangkap kita dengan muslihatnya. Bagi yang belajar agama,perkara-perkara yang mengundang dosa pun boleh diislamikkan (kononnya...),macam couple islamik, dan lain-lain. Ini lah tipu daya dan muslihat syaitan. Jadi, kenangkan azab Allah bila kita terfikir untuk melakukan kemungkaran,lagi-lagi yang berlandaskan syahwat. Insya' Allah, kalau kita benar-benar orang yang beriman,kita tak akan berani melakukan kemungkaran itu...


Allah itu yang mencipta kita, mencipta dia. DIAlah yang mengawal segala-galanya. Membolehkan sesuatu yang tak boleh,dan menggagalkan sesuatu yang sepatutnya berhasil. Hanya DIA yang berkuasa atas segalaNya...


Jadi.... Mintalah segala-galanya kepadaNya. Allah berfirman, "Dan berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan kepadamu,"Tapi, makbul atau tidak itu soal kedua. Apa-apa pun, kita cuma berserah kepadaNya. Kalau dimakbulkan, Alhamdulillah. Kalau tak, insya' Allah,Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta...


Allah itu lebih mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Jadi, bila kita terima apa-apa, redha dan pasrah...Kerana orang yang beriman ituYakin Allah hanya akan memberikan apa yang terbaik untuknya....


Tentang perasaan ini, memang susah nak hilang. Tapi, kita akan lupa bila kita mendekati Allah .Bila hati ini khusyuk mengingatiNya. Lupakan lah segala cinta tak bermakna tu...Layarkan hati menyusuri cinta seagungnya, cinta kepada Tuhan semesta alam. Jua cinta kepada Rasul petunjuk seluruh umat. Itu yang sebaiknya, itu yang seharusnya. 


"Hidup ini perlu realistik. Laksanakan apa yang sudah ada di depan mata,bukan memikirkan sesuatu yang tidak pasti akan datang dalam hidup kita.."Sebagai pelajar Muslim, anak soleh (insya' Allah..), abang atau kakak. Laksanakan dulu segala kewajipan ini. Baru lah fikir nak jadi suami atau isteri mithali pula... (ehem3...)


Ops, ok.. Cukup setakat ini luahan hati yang sekian lama terbungkam di sanubari. Moga bukan saja memberi manfaat buat diriku, jua bermanfaat buat semua hendaknya. Wallahu a'lam. Mohon pembetulan andai tersalah kata... 


p/s: aku xmampu mghadapinyer Ya Allah. Cinta oh Cinta !!

Saturday, 14 January 2012

A vision, is a sunnah! Dare to dream high!

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t


1983, UKM Malaysia:


Seorang pelajar medic menyelinap masuk ke dalam dewan kuliah agama untuk mendengar lecture daripada seorang pensyarah. Pensyarah itu membacakan satu dalil untuk pelajarnya. Kemudian dia meminta salah seorang pelajarnya membacakan ayat tadi. Namun, tiada siapa yang bangun.


Lalu pensyarah itu berkata ,"Kenapa kamu semua tidak berani? Kenapa kamu semua lambat? Saya boleh menulis ayat tadi selaju mulut saya membacanya semasa saya belajar dahulu?" Semua pelajar diam terbungkam. Ada yang mencemuh..pensyarah itu menyambung lagi " Dalam hidup saya, saya tidak pernah mengenal anything less than an 'A' in all subject! " Semua orang terdiam. Namun ramai yang mencemuh.Tidak kurang juga yang muhasabah. Tapi pelajar medic tadi begitu kagum dengan kata2 pensyarah tersebut, sehingga dia berkata dalam hatinya " aku hormat pensyarah ni. Aku kagum dgn beliau. Aku mahu jadi seperti beliau!" 


Cuba teka apa yang jadi?hehe..jadi tak jadi.?
Pelajar tersebut graduate dengan memegang ijazah anugerah kecemerlangan diraja di UKM pada tahun tersebut, mewakili 16 000 pelajar pelbagai jurusan dengan rekod 'straight disticntions'! Dan pelajar tersebut terlalu hebat sampai dia tidak perlu menyambung master bahkan terus ke uk utk mrpc (tak pasti). Dia berjaya dgn status ' sudah beranak dua' sewaktu degree. Dia menghabiskan PhD dalam masa 2 tahun 4 bulan (sepatutnya 4 tahun). Subhanallah.. 


Pensyarah UKM tersebut adalah Ustaz Harun Din dan pelajar tersebut adalah Proff Latif, salah seorang pengasas Cyberjaya medical college.


A vision, is a sunnah! Dare to dream high!


copy: senior kepada kawan. ^_^v

Friday, 13 January 2012

La Tahzan

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Saat dilanda ujian dan dugaan, kita bertempik kecewa.. Tika cubaan datang,terasa sesak dada hingga berprasangka buruk kepada Tuhan.. Tatkala dihempit derita,kita menangis sambil meratapi kesedihan yang melanda.. Bahkan saat itu,kita lupa tentang kalimah ‘sabar’ dan ‘redha’. Kita juga lupa bahawa kita ada Allah Yang Maha Esa. Kita tidak menyakini bahawa dengan kehadiran ujian itu, sebenarnya adalah cubaan yang Allah SWT turunkan buat menguji sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.

Bukankah Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang ujian dan cubaan buat orang-orang beriman?

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”
=== Surah Al-Baqarah ayat 214 ===

Maka setelah diturunkan ujian berganda-ganda bagi menguji keimanan hambaNya, Allah SWT mengingatkan kita tentang kalimah ‘sabar’. Kerana kesabaran adalah senjata bagi menghadapi segala mehnah dan tribulasi.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”
=== Surah Az-Zumar ayat 10 ===

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)…” 
=== Surah Ali-Imran ayat 200 ===

Allah SWT menjanjikan pertolongan saat menghadapi kesulitan, dengan syarat kita mestilah bersabar menghadapinya. Jangan sesekali kita berpaling dari Allah SWT, atau menjauhkan diri dariNya. Dibimbangi kita akan terjerumus ke lembah kehinaan dengan mengikuti jalan sukar yang dihembuskan Syaitan durjana. Syaitan sama sekali tidak akan senang kepada hamba-hambaNya yang sabar dan senantiasa berpegang teguh kepada tali Allah SWT. Biarkan Syaitan kecewa dengan sikap kita yang keras menentang bisikan-bisikannya. Perbanyakkan doa dan solat agar tali yang mengikat kepada Rabbi bertambah utuh dan kuat.







p/s: bersabarlah duhai hati. Sesungguhnya Allah s.w.t. menyayangi orang-orang yang SABAR. ^_^v

Never Judge Anyone, okeyy?

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

 Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa2 selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. dia menukar pakaian+terus meluru ke blok pembedahan. dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya. apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak: "kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang ni??kamu tak ada rasa tanggungjawabke??" doktor tersebut tersenyum+berkata : "saya minta maaf, saya berada di luar hospital & saya datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.." "bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik ti skrang ni, bolehkah kamu bertenang..?? kalau anak kamu mati sekarang ni apa yg kamu buat..??" :kata si ayah dgn marah.. si doktor tersenyum lagi & berkata : "saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang.. InsyaAllah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.." "memberi nasihat bila kita TAK mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah.. pembedahan itu mengambil masa beberapa jam.. tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!" "kenapa doktor tu sombong sangat..?! tak bolehke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tanya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah. jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.. dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik.. dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.." 




Moral ~> Never judge anyone...because U NEVER know how their life is & what they're going through.


: may Allah bless all Dr n future Dr and gives them sincerity. kadang2 kebaikan mereka yg byk dlm merawat bagai xpernah ada, kerana kekurangan mereka yg sering digembarbemburkan. tabahlah duhai para Doktor! ^__^v

Thursday, 12 January 2012

5 PERKARA TERPENTING PERLU TAHU

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

5 PERKARA TERPENTING PERLU TAHU :

Solat Subuh ~► Wajah yang cantik
Solat Zohor ~► Duit yang banyak
Solat Asar ~► Kesihatan yang baik
Solat Maghrib ~► Anak2 yg cerdik dan berjaya
Solat Isyak ~► Tidur yang nyenyak tanpa gangguan


Kata Nabi Muhammad S.A.W :


Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

Tuesday, 10 January 2012

.:: Coretan kasih buatmu ya Akhi ::.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t


Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW sindirkan sebagai pembawa fitnah terbesar.

Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar. Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.

“Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap tergopoh-gapah, saya berniat berta’aruf dengan anti.”

Jujur kukatakan bahwa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang ‘kesekian’ itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu.

Astaghfirullahal'azim. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. ‘Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan : "ke mana ghaddhul bashar-mu?"

Akhifillah, Alhamdulillah Allah mengurniakan dzahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurnia itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini harus menimpa orang-orang yang ku hormati sebagai pemegang risalah dakwah? Siapakah di antara kita yang salah?

***********

“Adakah saya kurang menjaga hijab, ukh?” tanyaku kepada Aida, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng.

“Atau baju saya? Sikap saya?"
“Tidak, tidak,” sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.

“Memang ada perubahan sikap di kampus ini.”
“Termasuk diri saya?”

“Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?”

Aku mengangguk. Aida menghela nafas panjang.
“Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara barukan? Maksud saya "usha" akhwat di kampus.”

Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing….
“Apa yang diungkapkan dalam surat itu?”
“Dia ingin berta’aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab putih. Anti tahu bila dia bertekad untuk menulis surat ini? Ketika saya sedang membeli makanan di kafe! Masya Allah…. dia melihat sedetail itu.”

“Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi.”
“Ukhti…,” sanggahku, “Anti percaya kan kalau saya keluar rumah pasti untuk tujuan syar’ie?”
“InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah yang lain.”

Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini senantiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh di dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang melamarku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keredhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan wajahku.

Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?


************

Akhifillah, Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini. Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah ku cuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum hadir sosok putera impian yang hadir dalam angan-angan. Semua ku serahkan kepada Allah ta’ala semata.

Akhi, Tentunya antum pernah mendengar hadits yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.

Kalaulah ada yang mendapat keempat-empatnya, ibarat ia mendapat syurga dunia. Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita solehah pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kecelakaan?

Maaf kalau di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai ana cuma sekadar fizikal semata. Bila masanya antum tahu bahawa dien saya memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan saya? Frekuensi di luar rumah yang tinggi?

Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas lillahi ta’ala dan bila masanya saya berbuat kerana ria’. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri cantik yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Ana yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.

Akhifillah, tanyakan pada setiap akhwat kalau antum mampu. Yang tercantik sekalipun, mahukah ia diperisterikan seseorang kerana zahirnya belaka? Jawapannya, insyaAllah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah muthlak pemberian Allah, Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan.
Lain halnya dengan kecantikan batiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang lelaki menikahi wanita kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. Fahamkah antum?

Akhifillah, diri ini hanya pinjaman yang akan dipulangkan padaNya bila-bila masa. Tapi roh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.

Akhifillah, Kalau antum ingin mencari akhwat yang cantik, antum juga seharusnya menilai pihak yang lain. Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan teliti. Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki beberapa helai. Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya. Tempoh masanya untuk keluar rumah tidak lama. Ia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi membantu kepentingan saudari-saudarinya yang sibuk berdakwah di luar.
Dia nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah melihat solatnya. Ia begitu khusyu’. Malam-malamnya dihiasi tahajjud dengan uraian air mata. Dibaca Al-Qur’an dengan teresak-esak. Dia begitu tawadhu’ dan zuhud. 

Ah, ana iri akan kedekatan dirinya dengan Allah. Benar, ia mengenal Rabbnya lebih daripada saya. Dalam ketenangannya, ia tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak memperisterikannya.



**********

Malam semakin beranjak. Kemengantukan yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum usai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di samping kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum terlerai menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.

Aida sedang diam dalam kekhusyu’kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup oleh deraian air mata. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak heran saat menyaksikannya. Tegak dalam rakaatnya atau lama dalam sujudnya.

“Ukhti, tidak solat malam? “ tanyanya lembut seusai melirik mata.
“Ya, sekejap,” kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka. “zikrul maut lagi?”
“Husnuzon anti terlalu tinggi.”

Aku tersenyum. Sikap tawadhu’mu, Aida, menyebabkan bertambah rasa rendah diriku. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Aida pun nampaknya tidak meneruskan solat. Dia kelihatan seperti termenung menemani kegelapan malam yang kelam.

“Saya malu kepada Allah,” ujarnya lirih.
“Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan dari Nya?”
“Apa keinginan anti, Aida?”

Aida menghela nafas panjang.

“Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi,” lanjutnya seolah tidak menghiraukan. “Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil karyanya, selalu hadir simpati sendiri. Hal yang sama saya rasakan tiap kali mendengar nama Hassan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya dalam hati :

"Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk melahirkannya?”

Aku tertunduk dalam-dalam.
“Anti tahu,” sambungnya lagi, “Saya ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sehebat mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid semacam Immad Aql…”

Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya. Aida tak tahu berapa jumlah ikhwan yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal itu tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana Allah. Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka.
Serendah inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku? 
“Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama?” desisku.

Aida meramas tanganku. “Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa berharap demikian. Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan yang buruk untuk yang buruk juga?”
“Anti tak tahu,” air mata mengalir tiba-tiba. “Anti tak tahu apa-apa tentang mereka.”
“Mereka?”
“Ya, mereka,” ujarku dengan kemarahan terpendam. “Orang-orang yang saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta’aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya menyaksikan ikhwan yang "qowiy" seperti mereka takhluk di bawah fitnah wanita.”

“Ukhti!”
“Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif dakwah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rasulnya semata. Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain.”
“Ukhti, jangan su’udzan dulu. Setiap manusia punya kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan solehah?”
“Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya?”
“Ya, memang…”
“Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan. Kalau ada pelecehan seksual, maka itu wajar kerana wanita tidak menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?”
“Anti berprasangka terlalu jauh.”
“Tidak,” aku menggelengkan kepala. “Tiap kali saya keluar rumah, ada sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizikal belaka..”

“Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita maksudkan.”
“Dia orang yang aktif berdakwah di kampus ini, ukh.”
Aida memejamkan mata. Bisa kulihat hujung matanya basah. Kurebahkan kepala ke bahunya. Ada suara lirih yang terucap,
“Kasihan risalah Islam. Ia dibawa oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan orang-orang terdahulu dalam menegakkan syiar Islam. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitabNya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah".
"Kasihan pejuang-pejuang Palestin. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia . Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah-pecah. Maka, kekuatan apa yang masih ada pada diri kita?”

Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti Aida, mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai anak-anak seperti Asma. Anak-anak seperti Immad Aql. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Tapi seperti kata Aida, "meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepadaNya. Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung seperti Izzuddin al-Qassam".

Akhifillah, mungkin antum tertawa membaca surat ini. Ah akhwat, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka? Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antum tidak saya layani. Saya tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diredhaiNya.

Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan saya tidak lagi berada di jalanNya? Ada ria’, ada su’udzhan, ada takabbur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka?

‘Afwan.

Akhifillah, surat ini seolah-olah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu, silakan. Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahiriah telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya.

Justeru, kini saya merasa iri hati pada saudari saya. Ia begitu sederhana. Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh daripada fitnah. Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam impiannya, sedangkan saya tidak.

Akhifillah, ‘afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. InsyaAllah saya akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa masih banyak amalan saya yang ria’ mahupun tidak ikhlas. Wallahua’lam. Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah dipilihkan oleh Allah.
Penuhilah impian ratusan akhwat, ribuan ummat yang mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain. Penuhilah harapan Islam yang ingin generasi tangguh seperti Imaad Aql. InsyaAllah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.

Akhifillah, malam bertambah dan bertambah larut. Mari kita solat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata kerana Allah. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha.
Pesan saya, siapkan diri antum menjadi mujahid. InsyaAllah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.

Salam dari ukhtukum fillah.



p/s : Artikel ni dah lama saya simpan, suka untuk saya kongsikan sebagai peringatan dan muhasabah kita bersama. Manusia tidak dapat tidak, tidak boleh lari dari soal hati begini. Namun, yakinlah jodoh yang baik hanya untuk orang yang baik. InsyaAllah..serahkanlah segalanya kepada Allah. Sesungguhnya Allah telah berfirman : 
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]

Dalam kita membina baitul muslim yang berkat dan sakinah (bahagia), berusahalah untuk mengelakkan budaya meng"approach" yang bukan pada jalannya, men"cop", meng"usha", dan sebagainya yang mana tidak melambangkan akhlak dan peribadi seorang ahli gerakan Islam. Contohilah baitul muslim yang sudah Rasulullah SAW bina agar kita terselamat daripada fitnah dan kemurkaan Allah SWT.



p/s:  sama2 lah berusaha untuk menjadi wanita solehah. ^_^v


copied from http://muslimdoktor.blogspot.com/2011/09/coretan-kasih-untuk-mu-ya-akhi.html

Friday, 6 January 2012

Jadilah hamba yang bertqwa

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.


Aku ingin menjadi hambaNya yang bertaqwa...
Sayyidina Umar apabila ditanya tentang pengertian taqwa...


"Ibarat saya berjalan diatas jalan yang dipenuhi duri...
saya akan berjalan dengan sangat berhati-hati.."


... Setiap manusia itu sama..
yang membezakan mereka disisi tuhan
adalah nilaian Taqwa.

Takut akan siksaan Allah..
Takut seandainya mati datang ketika aku bermaksiat padaNya
Takut dengan ancaman siksa kubur..
Takut dengan gegak gempitanya di Padang Mahsyar..
Takut dengan huru-haranya neraka Jahanam..

Lantas.. aku TAQWA dalam setiap perkara..
Aku bertaubat dari dosa-dosaku yang lampau..
Aku menyegerakan solat fardhuku..
Aku menahan diri dari perkara yang mengikut nafsu..
Aku menjaga lidahku..
Aku pelihara amalanku..
Aku tak jemu mencari Ilmu merungkai kejahilanku..
Keranaku tahu kejahilan itu menghampiri kekufuran

Ku kan ingat pesan kekasih Allah bahawa...
Pokok kehidupan itu ialah IMAN..
Tiangnya ialah SOLAT..
Kemuncaknya ialah JIHAD..
Dan kunci kepada semua ini ialah...
Peliharalah ini..(Baginda seraya memegang LIDAH Baginda)

Adakah aku sudah bertaqwa?..
Tuhan...kuatkan Imanku saat aku diuji..
Diuji Taqwaku padaMu..
Dengan RahmatMu aku merayu..

Monday, 2 January 2012

.:: Kasih Seorang Ibu ::.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.




“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya...



p/s: sayangilah ibu sepenuh hati. ^_^v

Sunday, 1 January 2012

.:: Kisah seekor Rama-rama ::.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.





Seorang anak kecil bermain di taman rumahnya. Sampai akhirnya ia merasa lelah dan berbaring dibawah pohon yang rendang. Saat tengah berbaring, tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah benda yang bergerak-gerak di sebatang dahan.

Ia segera bangkit, mendekati dan kemudian mengamati benda tersebut, yang ternyata adalah sebuah kepompong kupu-kupu.

Calon kupu-kupu yang berada dalam kepompong itu menggeliat berusaha keluar. Namun karena lubang pada kepompong terlalu kecil, membuat calon kupu-kupu itu sukar untuk keluar. Setelah sekian waktu mengeliat-geliat, kupu-kupu itu terdiam sejenak. Mungkin istirahat kerana kepenatan.
Anak kecil yang sedari tadi mengamati kejadian itu merasa ihiba melihatnya. Dengan tekad ingin menolong sang kupu-kupu, anak itu berlari kerumahnya dan mengambil gunting, kemudian kembali ke kepompong itu.

Dengan penuh hati-hati, sang anak membedah kepompong itu dengan guntingnya sehingga akhirnya kulit itu terbuka. Anak itu merasa lega. Namun dia merasa hairan, kerana kupu-kupu itu badannya kecil, dan sayapnya tidak boleh mengembang dengan sempurna.

Walau kupu-kupu itu berusaha berkali-kali, ia tetap tidak boleh mengepakkan sayapnya. Kupu-kupu tersebut akhirnya sukar untuk terbang.
***
p/s:Kesulitan/ujian yang datang, akan membuat kita menjadikan seorang yang kuat menjalani kehidupan. Dari cerita di atas, sebenarnya kupu-kupu tersebut tengah dalam proses untuk menguatkan tubuh dan sayapnya. Namun kerana datangnya bantuan, membuat proses tersebut terganggu dan membuat sang kupu-kupu menjadi lemah dan tak mampu terbang.

Demikian juga dengan manusia...
Ketika kita sering menghadapi kesulitan dan ujian hidup, dan kita berusaha untuk mencari jalan keluar dengan menggunakan seluruh potensi dan kemampuan yang kita miliki, sesungguhnya itu bererti kita tengah menguatkan sayap-sayap kita untuk kuat terbang menuju kejayaan.