Sunday 19 February 2012

Andai...

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah, 
andai aku jatuh cinta maka, 

cintakanlah aku pada yang lebih mencintaiMu.

Andai aku rindu maka,

rindukanlah aku pada yang sentiasa merinduiMu.

Andai aku mengharap,

harapkanlah aku pada yang sentiasa mengharapkanMu.

:: Semoga dipermudahkan. 



Wednesday 15 February 2012

Mencari hikmah yang tersembunyi



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t


Dalam mencari laluan berliku. Apakah diri ni terasa mampu??

Bila ujian silih berganti..Terlalu berat memikulnya kini..


Ya Allah berikan aku kekuatan hati...

Hanya kekuatan hati dan diri. Pinta hamba dari Illahi


Semoga tidak sesat dalam mencari..


Hikmah yang masih tersembunyi.. 



InsyaAllah... 


Doakan kesejahteraan ana sahabat semua..

Monday 13 February 2012

Result keluar ! :)

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana melimpahkan rezeki kepada ana. Hari ni result keluar. Dari pukul 8 malam lagi ana tunggu untuk check result . Sebenarnya ana takut sangat sebab xnak kisah lampau berulang. Tapi, alhamdulillah dapat result yang memuaskan. :) Sekarang dah xtakut dah. Tapi, insyaAllah ana akan usaha lagi untuk sem depan. 


سُبْحَانَكَ اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّي حَقَّا حَقَّا، سَجَدْتُ لَكَ يَارَبِّ تَعَبُّدًا وَرِقًّا. اَللَّهُمَّ اِنَّ عَمَلِي ضَعِيْفٌ فَضَاعِفْ لِي. اَللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تُبْعَثُ عِبَادُكَ وَتُبْ عَلَيَّ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 

Maha Suci Engkau. Ya Allah, Engkaulah Tuhaku yang 

sebenarnya, aku sujud kepada-Mu ya Rabbi sebagai pengabdian

dan penghambaan. Ya Allah, sungguh amalku lemah, maka lipat 

gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah, selamatkan aku dari siksa-

Mu pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan, terimalah taubatku,

 sesunguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha 

Penyayang.


Ameen. :)

Sunday 12 February 2012

Melawat kubur nenek. :)

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Masih lagi boleh  bersama semua hari ini. Tetapi, ana xtahu nak update apa malam ni. :) Sebenarnya hari ni ana pergi ziarah kubur arwah nenek. Rindu sangat kat dia. Ana sempat baca yassin masa kat sana. Ana doakan arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang solehah. Ameen. :)


"Ya Allah, tutuplah segala aib kami sewaktu kami masih hidup dan setelah kami pergi meninggalkan dunia."

ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت


Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian 


Thursday 9 February 2012

Jom sama-sama renungkan ! :)

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Ada seorang hamba yang telah lama belajar di luar negara kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggap tiada siapa yang boleh menjawabsoalannya. Satu hari beliau bertemu imam tua ditempatnya.

Pemuda: pak imam, bolehkah pak imam menjawab soalan-soalan saya?
Pak imam: saya hamba Allah swt dan dengan izinNya saya akan menjawab soalan kamu.
Pemuda: pak imam yakin? Professor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab soalan-soalan saya kemukakan. 
Pak imam: saya akan mencuba sedaya yang mampu. InsyaAllah.
Pemuda: 1.kalau benar Tuhan itu wujud, tunjukkan wujudnya Tuhan   
                  kepada saya?
               2.apakah yang dinamakan sebagai takdir?        
               3.kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka   
                 dimasukkan ke dalam neraka yang dibuat dari api, tentu  
                 tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki  
                 unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah  
                 memikirkan sejauh itu?

Dengan spontan Pak imam menampar pipi  si pemuda itu dengan sangat kuat

Pemuda (Sambil menahan sakit):  kepana Pak imam marah saya?
Pak imam: saya tidaak marah. Tamparan itu adalah jawapan bagi 3 soalan tersebut. 
Pemuda: saya amat tidak faham....?
Pak imam: bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: tentu rasanya sakit dan pedih...!!
Pak imam: jadi awak percaya sakit itu ada?
Pemuda: ya.. !
Pak imam:tunjukkan kepada saya wujudnya sakit itu..atau macamana rupanya sakit itu?
Pemuda: tak boleh Pak imam..!!
Pak imam: itulah jawapan kepada soalan pertama awak. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pemuda:.....
Pak imam: adakah semalam awak bermimpi atau telah tau yang saya akan menampar awak??
Pemuda:tidak..??
Pak imam: itulah yang dinamakan sebagai TAKDIR !!
Pemuda: ....
Pak imam: dibuat dari apakah tangan saya untuk menampar awak?
Pemuda: kulit dan daging..??
Pak imam: dibuat dari pakah pipi awak?
Pemuda: kulit dan daging jugak.. !!
Pak imam: bagaiman rasanya tamparan saya?
Pemuda: sakit dan pedih lahhh.. !!??
Pak imam: itulah ! walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka pun  dibuat dari api, jika Tuhan berkehendaki maka, neraka jugaklah tempat yang menyakitkan untuk syaitan...walaupun sama unsurnya.. !!
Pemuda: ALLAHUAKHBAR !!!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN DITENTANG. ITULAH JANJINYA !"

"Alangkah terasa hidup ini sia-sia, ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia. Alangkah ruginya yang pergi, jika amalan bukan untuk negeri abadi"

Renung-renungkanlah semua.
Wallahualam. :)





Wednesday 8 February 2012

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).


5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).


10. Orang yang sedang makan sahur.


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


Sumber : Ma'ar Rahman


Tegakkan Khilafah Islamiyah
Sebarkan Dakwah Islam.Bebaskan Pemikiran dari Al Ghazwu Fikri. Tegakkan Hak Allah S.W.T. TEGAKKAN KHILAFAH ISLAMIYAH.
by: Tegakkan Khilafah Islamiyah

Monday 6 February 2012

Kisah Benar : Tudung Labuh

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. :) untuk entry ni, ana nak kongsi kisah benar salah seorang ukhti ni tentang Tudung Labuh. Semoga menjadi iktibar kepada semua.

Terkenang kisah ana setahun yang lepas. Ana juga punya kisah, hanya gadis biasa.
Bukan bersekolah agama. Dahulunya bertudung simpang aja. Kemudian ana berselendang. Macam-macam style ana buat, hinggakan
member-member sekeliling rujuk pada ana untuk pakaikan selendang pada mereka. Kira ana ni pakar stylekan selendang lah. heee...


Dari sekolah lagi, dari tingkatan 5 lagi ana ada rasa ingin berubah. Tenang dan sejuk melihat kaum hawa yang lengkap berpakaian.
Sejuk, rasa selamat bertudung labuh. Walaupun sekolah biasa, tapi pengetahuan tentang AURAT itu dah di dedahkan di sana sini. Jadi kebenaran itu dah
lama singgah di hati. Ana mula berfikir, tudung simpang?? Kalau pakai tudung simpang nampak bahu, nampak dada, jarang.......


Dari situ ana dah tak simpangkan tudung, hanya pin satu di bawah (pusat), seperti gaya-gaya makcik ke pasar. Di tegur oleh kawan,
kau ni kenapa syida? dah macam makcik, buang tebiat ke apa??. Heee... hati terusik ketika itu. Almaklum masih belum biasa dengan cacian dan makian.


Tapi jauh dalam akar hati, aku kene kuat... yakin dengan firman-firman Allah. kelak di masyar kau akan tahu jua kebenaran perjuangan ku ni 
wahai teman. Biar aku di caci, biar aku di maki. Tak apa.. Dahulunya sahabat-sahabat nabi lebih dahsyat ujianNYA. Oh... jauh melangit ujian bilal bin rabah,
Sumaiyah dan sahabat-sahabat nabi yang lain jika nak dibandingkan dengan gadis hingusan seperti ku. Kerap kali aku jatuh. Jatuh kerana ejekan-ejekan kawan dan keluarga sendiri. "SYIDA DAH NAK JADI USTAZAHHHHHHHHHHHH" Hahahahhahahahahahahahahahah....


Di ketawa... heee.. Biarkan.. Mujahadah itu memang pahit. Di hujung pahit ada manisnya. Ingat, berjuang ini perlukan kesabaran dan ketabahan.
Bila dihina dan dicerca, anda kene motovasikan diri sendiri dalam kadar yang kerap. Bagaimana ingin motivasikan diri??? Kenang kembali...
Sirah nabi, perjuangan mereka lebih getir. Dari situ, akan muncul kekuatan tersendiri. Semangat mereka itu turut mengalir dalam hembusan nafas anda nanti.
Carilah sahabat yang sefikrah yakni sefahaman dengan enti. Yang apabila enti perlukan nasihat dan bimbingan, dia hadir menyerikan dengan kuntuman-kuntuman tazkirah. Apabila enti menangis sendu, dia iringi enti dengan doanya yang tulus. Carilah... Ana doakan enti bertemu dengan sang sahabat itu. 
Di laman ini pon tidak mustahil untuk enti bertemnu dengan titik persahabatan.


Ku teruskan cerita ku,
Selepas ana dicaci, di ejek seperti makcik dll. Ana berselendang pula tetapi labuh. Ana sudah mula melabuhkan kain di dada dan bahu.
Kini auratku terjaga. Lama ana begitu, hingga lahir kekuatan baru. Aku mesti menjaga lebih lagi!! beli tudung 60 bidang. Ana pakai, masa tu kawan-kawan dah faham dengan ana. Eksperisi mereka tenang sahaja. Syukur.. penerimaaan mereka. Ana teruskan berjalan. Jalan dalam liku-liku dunia.
Ana selalu disini, di laman halaqah.net ni. Hinggalah ana di "cuci" oleh seorang sahabat. Orangnya telus, tak menjaga hati. Sering dianggap 
kasar, tetapi madahnya tidak menipu. Dialah yang menjernihkan kembali fikiran ana, katanya lelaki boleh nampak bentuk badan seseorang wanita dari tepi 
jika kita bertudung bidang 60 dan selendang labuh misalnya. Dia sarankan pada ana untuk memakai tudung bulat. Suapu impian ana, tertanam di ceruk hati.


Peringatan dia, tazkirah dia, ketegasan dia dalam berkata-kata memberikan ana satu semangat baru. Ana ke Jalan Tar untuk beli tudung labuh.
Rm15.00 , syukur.. murah.. Ku pilih warna hitam, biar padan dikenekan untuk sebarang warna. 


Detik itu.. Sekolahku sudah tamat pengajiannya. Aku kini cuti panjang. Terdetik ingin menuntut ilmu. Aku mesti ke pondok..! Niat baharu, masih segar.
Aku katakan pada ibu, "syida nak ke pondok bu....". Ibu memandang aku dengan kerutan dahi, "pergila....". Puas, akusenyum gembira.


Dengan alasan itu aku menyarungkan tudung labuh, ya tudung bulat! heee.. ibu terkejut! keluarga terkejut!! apalagi gang2 lepak ku!!
jiran-jiran! cousin2..! Wahh.. syida kini persis ustazah......!!!!!! heee, hinalah.. maki lah... cerca lah.... hati ku yang membuak-buak untuk 
menyeru mereka menherdikku. Aku dah biasa. Hati ku kini kuat. Dah tidak gentar lagi dengan kata-kata murahan begitu. Benar, pengalaman itulah
ijazah yang agung. Mengajar aku dan membekalkan aku sebuah kematangan, kesabaran dan kekuatan. Syukur padaNYA. 


"Syida, aku tak percaye dengan ko ni.. aku tak sangka, sungguh! Aku ingat lagi dulu.. kita sama-sama masuk bilik disiplin. Lepak sama-sama.
Lompat pagar sama-sama. Ponteng kelas, nyorok di toilet. Sekarang tup-tup ko dah gini". Teringat kata seorang teman. heee.. aku hanya tersenyum.
Menjawab dalam hati... "Maaf ya teman, aku begini punya alasan yang kukuh. Perintah AllahuRobbi. Kelak kau pasti mengerti. mengapa aku berubah begini.


~Inilah kisah benar ana, seorang gadis biasa yangmengharap belas ehsan dariNYA. Pada ukhti-ukhti yang ingin bertudung labuh, teruskan perjuangan.
Pahit getir menanti anda di depan sana. Persiapkan diri. Jika di Malaysia kita mengadu pada polis untuk kes-kes tertentu. Mengadulah pada yang
Allah dalam munajatMU kerana Dialah Tuhan Seluruh Alam.


AlFaqir ilallah,

Rasyidah






Sunday 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul SAW

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t


Sabda Nabi S.A.W. :


"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada Hari Kiamat nanti adalah orang yang banyak berselawat kepadaku." 
(HR.Al-Nasai & Ibnu Hibban)


Allahumma sollia'la saiyidina Muhammad waa'la alihi wasahbihi wabaarik wasallim.

Friday 3 February 2012

Lelaki dan Perempuan, imej siapa yang lebih utama??

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah masih lagi diberi 

peluang bernafas untuk terus menyampaikan pengisian yang 

bermanfaat. Untuk entry hari ini, ana nak kongsi tentang "Lelaki 

dan Perempuan, imej siapa yang lebih utama?".  Entry ini ana 

dapat dari seorang akhi. Alhamdulillah sangat-sangat bermakna. :)



Yang menjadikan seorang wanita itu berharga, bukanlah pada kecantikan dan harga pakaian yang dipakainya.

              Bukan juga perhiasan dan barang-barang kemas yang menjadikan nilai wanita itu tinggi.

             Tetapi yang menjadikan wanita itu ada nilai dan jadi rebutan syurga adalah kerana imannya.

Ketika ramai yang berebut-rebut mengambil contoh dan menjadikan wanita-wanita Barat dan artis-artis seksi sebagai idola mereka, kalian ada contoh dan ikon yang lebih baik untuk diteladani dalam kehidupan kalian, wahai wanita.

             Saya sangat rawan melihat sebilangan saudara-saudara perempuan saya mengambil contoh dan mengagung-agungkan ikon-ikon Barat seperti Britney Spears, Rebecca Black, dan artis-artis tanah air yang berpakaian seksi.

             Lagilah bertambah pedih hati saya bila ada sebilangan lelaki muslim yang berkeinginan saudara-saudara muslimahnya itu jadi seperti artis-artis itu, berpakaian menjolok mata seperti mereka itu, dan cara bergaul yang 'mudah sangat masuk' dengan yang berlawanan jantina.

             Saya melihat, lelaki-lelaki begini akhirnya hanya mengundang lebih banyak bencana kepada muslimah kerana mereka membenarkan itu semua berlaku ketika mereka berada bersama dengan wanita-wanita muslimah ini.

             Ketika ada kerja projek di universiti, 'sikit-sikit' punya trend maksiat jadi kebiasaan.
             Ketika berjumpa di pejabat, kadang yang lebih bulu, yang cuba mula wujudkan 'suasana' dulu adalah lelaki juga.
             Ketika berada bersama dengan keluarganya, dia membiarkan adik-adik perempuan dan kakak-kakaknya bebas    dengan apa yang mereka suka tanpa ada rasa ingin meluruskan mereka.
            Ketika di FB pun, mereka sibuk memberi komen tidak sepatutnya dan chat yang bukan-bukan.


SAYA SEORANG LELAKI JUGA

     Saya boleh bayangkan betapa sedihnya kalau adik-beradik perempuan saya sendiri tidak menjaga peribadinya ketika di luar. Bukanlah kerana menjaga imej saya, tetapi kerana mereka adalah saudara saya sendiri, apatah lagi keluarga saya sendiri.

Bagi saya, tidak ada apa yang mahal pada imej diri saya. Asalkan saudara-saudara muslimah saya terjaga, bagi saya itu sudah cukup. Saya tidak perlu manusia untuk jaga imej saya, saya cuma perlu Dia (Allah) untuk jaga imej saya.

           Maka, untuk itu, saya pun mengharapkan yang serupa dari lelaki-lelaki yang sejantina dengan saya.

           Tidak perlulah kerana nak jaga standard orang ramai yang sudah jadi standard kita, maka kita benarkan apa yang tidak baik dilakukan oleh saudara muslimah kita. Apalagi jika kita sendiri yang membenarkan dan mendorong pula saudara muslimah kita untuk hidup gaya bebas seperti ikon-ikon dan artis-artis yang saya sebutkan itu.

Nanti akan ada yang kata, 'Ah, tak macholah macam ni. Takde awek nak bawa tepi.'

           'Poyolah kau. Sejak bila jadi alim ni? Ke kau dah jadi gay sekarang ni? Haha. Normal lah semua orang ada awek.'

           'Eh, rileklah. Aku bukan buat apapun. Pegang tangan dia je pun.'

Saya lelaki juga. Saya ada perasaan juga terhadap yang berlawanan jantina. 

            Ya, itu memang fitrah. Tak dinafikan. 

            Tetapi, saya tidak bawa saudara muslimah saya sendiri yang belum ada ikatan yang sah dengan saya berjalan di tepi saya, sambil saya memegang pinggangnya, memeluknya tanpa segan silu, berjalan berpegangan tangan, memasukkan gambar saya dengannya dalam keadaan-keadaan begitu di dalam FB tanpa rasa malu.

            Anda bayangkan sendiri wahai lelaki. Bayangkan kalau ada seorang lelaki yang sedang jalan-jalan dengan seorang wanita yang belum dikahwininya lagi dengan keadaan yang saya sebutkan tadi, dan wanita itu adalah ibu anda sendiri, ataupun kakak anda sendiri, atau adik perempuan anda sendiri. 

           Mahukah itu berlaku pada ibu, adik perempuan anda, kakak anda, anak, bahkan isteri anda sendiri?
           Tidak. Sudah tentu tidak.

Maka, kalau tidak mahu, wahai lelaki muslim, pleaselah.

Yang menjatuhkan maruah anda bukanlah ketika anda tidak memiliki pasangan couple untuk dibawa di sebelah anda, tetapi ketika anda tidak miliki Allah untuk dibawa di dalam kehidupan anda.

          Anda boleh bangga, seronok, ghairah dengan saudara muslimah yang anda pegang di sebelah anda.
          Tetapi, sebenarnya jauh dalam hati anda, ada kekosongan yang tidak terisi. Apa kekosongan itu?

          Anda tidak tahu ke mana anda sedang dan hendak bawa pergi muslimah itu.
          Ke syurga atau ke neraka dengan cara yang begitu?


SAYA ADA ADIK-BERADIK PEREMPUAN JUGA

Jujurnya saya katakan, saya sangat rasa risau melihat ancaman suasana yang ada sekarang.

          Saya sangat risau, sebab dalam hidup saya sehingga sekarang, ada dua orang perempuan yang saya sangat cinta selepas ibu saya. Siapa mereka?

          Mereka adalah kakak dan adik saya sendiri.

          Sebab itu, saya benci bila lihat ada lelaki yang suka ambil kesempatan terhadap wanita. Nampak wanita cantik sikit, mulalah nak kacau.

          Nampak wanita cantik sikit, ekor mata meliar tidak berhenti dan mula berangan-angan kosong.

Saya tidak katakan ini kepada lelaki-lelaki tertentu sahaja, tetapi kepada semua lelaki. Baik yang bersekolah di sekolah agama, yang menghafal Al-Quran di Ma'had Tahfiz, mahupun mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan biasa, belajar dalam bidang agama atau tidak, kalau tidak ada iman bersama, tetap akan lakukan yang sama.

         Suasana sekarang bukannya seperti dulu. Kalau zaman Khalifah Al-Mu'tasim, seorang wanita muslimah sahaja diganggu oleh musuh, habis digegarkan musuhnya dengan bala tentera seluas timur barat. 

         Kalau sekarang, beribu-ribu wanita muslimah diganggu, di mana ada lagi Al-Mu'tasim yang ingin pertahankan maruah mereka?

Siapakah di kalangan lelaki yang memiliki peribadi al-Mu'tasim hari ini?
Menjaga dan memelihara mahalnya harga peribadi saudara muslimahnya.


KALIAN PUN WAHAI MUSLIMAH, JAGALAH DIRI SEBAIK-BAIKNYA

Tidak bermakna, kalau lelaki sudah benar-benar berusaha menjaga harga kalian, tetapi kalian pula yang mencalarkannya.

Peliharalah peribadi kalian juga.

           Yang membuatkan muslimah ini mahal, bukanlah yang sibuk dengan barang solek dan berhias di depan cermin untuk cantiknya sahaja.
           Yang menjadikan kalian tinggi nilai, bukanlah juga pada fesyen-fesyen pakaian kalian.
           Bukan juga pada putih ke, atau cantiknya muka kalian. Tidak. Bukan di situ letaknya nilai kalian.

Itu hanya nilai dunia kalian. Jagalah sekadar yang perlu. Nilai dunia akan hancur dan rosak. Kalau kalian berlebihan untuk itu, kalian juga sedang menuju kehancuran dan kerosakan.

           Peganglah dan jagalah neraca akhirat dengan betul. 
           Biar ada dalam diri kita sebelum apapun, redha Allah tetap adalah keutamaan kita.

           Maka, bergeraklah dan berjalanlah di atas muka bumi.
           Kalau Allah sudah jadi prinsip utama, maka tidak ada kerisauan apa-apa lagi. 

Ketika orang lain mengambil contoh dan mengaungkan ikon dan artis Barat, kita ada wanita-wanita muslimah zaman Nabi untuk diteladani dan diikuti.

Ketika orang lain memandang couple itu manis dan suatu kebiasaan, kita tetap memandang itu adalah satu yang rosak dan kemungkaran.


PENUTUP : LELAKI DAN PEREMPUAN, MASING-MASING ADA PERANAN, SALINGLAH MELENGKAPKAN

Janganlah kerana terlalu menjaga batas, sehingga dalam perkara-perkara dharurat pun, kita jadi terlalu syadid (keras) juga.

         Dalam mesyuarat-mesyuarat yang perlukan pandangan, kita suarakanlah.
          Kalau perlu adakan perjumpaan untuk bincangkan tentang sesuatu program atau isu setempat, maka adakanlah.

Jangan tersilap dalam menilai syara'.

          Dalam hal-hal tertentu yang betul-betul dhoruri (penting), tak ada masalah lelaki dan perempuan untuk duduk berbincang bersama. Itupun, ada batas yang perlu dijaga.

         Berbincang pada kadar hadnya. Berbincang yang perlu sahaja. Tidak perlu sampai bertanya khabar, makan ke belum dan sebagainya yang tidak berkaitan pun dengan topik perbincangan kita itu.

          Lelaki dan perempuan. Muslim dan muslimah.
          Masing-masing ada peranan sendiri. Perlu saling melengkapi.

Lelaki kalau sibuk dengan diri sendiri sahaja, tunggu nak kahwin baru nak ambil berat dengan saudara muslimahnya, maka akan timbul masalah juga nanti.
Perempuan pun, kalau pentingkan diri, rasa nak buat apa yang mereka nak buat, pun akan menimbulkan masalah juga.

          Kita, lelaki, ada tanggungjawab kita terhadap muslimah. Cukuplah banyak ayat Al-Quran menyatakan tentang lelaki kemudian diikuti oleh perempuan. Ada di bahu kita sebenarnya, tanggungjawab untuk memastikan saudara-saudara muslimah kita terjaga dengan baik peribadinya. Dan tanggungjawab itu tidak mungkin dapat kita laksanakan sebelum kita benar-benar menjaga imej Allah di dalam peribadi kita.

          Kalian, wanita, ada tanggungjawab kalian terhadap ummah. Tidak ada kalian, tidak adalah ummah ini. Maka, jagalah diri kalian. Janganlah senang-senang serah hati dan serah diri pada orang yang baru dikenali baru sebulan dua. 

          Ukuran seorang muslimah yang benar-benar menjaga peribadinya itu bagi saya, bukanlah dengan hanya bertudung labuh semata, tetapi pada yang benar-benar memelihara akhlaknya, pergaulan dan percakapnnya. Kalian tidak mungkin mampu membentuk peribadi muslimah sebelum kalian benar-benar menjaga imej Allah dalam hati kalian.

Maka, sebenarnya lelaki dan perempuan adalah saling memerlukan.
Jagalah imej Allah dalam hati kalian, Allah akan jaga imej kalian di mata manusia.



Afdholul Rahman Che Ani
Nota Hati
Irbid, Jordan


# Semoga pengisian ini memberi banyak manfaat kepada kita semua. InsyaALLAH. :)

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Thursday 2 February 2012

Sakaratul MAUT

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t



Sakaratul maut,
Aku terdengar panggilan itu,
Aku mula kelam kabut,
Dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini,
Mula menerawang di fikiranku,
Adakah aku sudah bersedia??
Bersedia dengan amalan-amalan kebajikan,
Untuk menghadap seksaan Allah SWT.


Sakaratul maut,
Aku masi teringat,
Ketika menghebuskan nafas yang terakhir,
Wajahku pucat membalut tubuhku,
Bau kemenyan menusuk kalbu.


Sakaratul maut,
Ketika roh terpisah dari jasad,
Aku terlihat,
Terlihat ibu bapaku,
Terlihat adik-beradikku,
Terlihat sanak-saudaraku,
Terlihat insan yang tersayang.


Semuanya menitiskan air mata yang jernih,
Menangisi akan pemergianku,
Aku menjadi sayu,
Tapi semua itu takdir illahi.


Sakaratul maut,
Aku mula merasakan resah dan gelisah,
Ke mana aku akan dihantar-Nya,
Ke mana??
Adakah di antara dua?


Aku sedih, sayu dan pilu,
Sedih meninggalkan ibu, ayah dan sanak-saudaraku,
Yang ketika itu begitu ceria dalam kehijauan alam.


Tetapi,
Lagi menyedihkan dari itu,
Amalan-amalan aku akan dihisab nanti,
Entah berat kebaikan atau kejahatan.


Aku menjadi pasrah,
Tiada gunanya menyesal lagi,
Kepada Allah Yang Maha Pengampun lg Maha Mengasihi,
Ya Allah !
Ampunilah dosa-dosaku ini.