Monday 17 August 2015

Keep Allah swt in your heart

Assalamualaikum wbt


       Sudah lama tidak menulis dalam blog ni. Dah berhabuk dah kot. Hari ni tiba rasa nak menulis walaupun terasa penat sangat dengan kerja-kerja. Alhamdulillah sampai hari ini Allah swt masih bagi peluang untuk Nia teruskan hidup seperti sedia kala. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.


       Sebenarnya saat ni Nia rasa sangat down, masih dipilih oleh Allah swt untuk diberi ujian. Alhamdulillah Nia redha dan Nia yakin Allah swt ada sebab tersendiri menguji hambaNya seperti Nia. Walaubagaimanapun, Nia akan terus usaha kuatkan hati dan diri untuk menghadapi ujian ni. Memang kadang-kadang pernah terkeluar perkataan jahiliyyah seperti ni :

"Ermmmm... why I always get unfortunate fate? why me? why? "

Mujur masih ada tangan yang mungkin terlebih tarbiyah, terus menampar pipi.

"You don't say such thing, please."
"You don't say such thing Nia"
"Berdosa, okay? Erm.."


Terus istighfar sampai tersembur-tersembur. Terasa jahatnya diri ini, boleh pulak cakap macam tu.


      Tiada benda mudah kat dunia untuk kita dapat. Semuanya bergantung kepada rancangan Allah swt. Yakinlah dengan janji Allah swt untuk hambaNya yang sentiasa sabar dalam menghadapi ujianNya. Kita sebagai manusia memang akan selalu melakukan kesalahan, diberi ujian dan sebagainya.


Keep Allah swt in your heart,
Always make Him the priority,
Ask Him the strength of Iman so, you will pass the test with a flying colors.
InsyaALLAH.


Insan Kerdil,
NIA


Monday 2 June 2014

TEMAN

Teman,
Tika ku kesempitan,
Tika ku tiada tempat untuk mengadu,
Kau hadir dengan senyuman,
Kau hadir dengan kata-kata yang begitu bermakna,
Kata-kata yang buat ku merasakan ku insan yang paling bertuah.
 Allah swt hantarkan mu kepadaku,
Allah swt bagi peluang kepadaku untuk terus berjuang ke jalanNya,
Subhanallah…
Terlalu besar hadiah yang Allah swt berikan kepadaku di kala ku kesedihan,
Seorang teman yang begitu baik dan sentiasa bagi semangat kepadaku.
 Rugi jikaku menolak dari menerima nasihat dan bimbinganmu,
Semuanya dari Allah swt,
Allahu…
Terima kasih segalanya di atas anugerah seorang teman. J





Saturday 15 March 2014

Perlis Hujan Laaaaa :D

            Alhamdulillah. Bersyukur pada Illahi. Hari ni hari paling gembira untuk semua warga Perlis sebab akhirnya bumi Perlis dibasahi hujan yang sangat lebat. Tapi, yang paling gembiranya adalah kami berenam. hee. Dalam kereta pun boleh tangkap gambar tau. Ni sebab kami berasa sangat gembira dan bersyukur Allah SWT anugerahkan hujan kepada bumi Perlis yang selama ni kering dan panas sepanjang hari. Alhamdulillah, alhamdulillah. 



air hujan tengah membasahi tanah pokok & kereta :D


semua duk pandang suasana hujan 


dah boleh guna wiper dah. yeayyy.


get ready to take the picture


masing-masing berpayung untuk ke kereta
         Sebenarnya bukan di Perlis saja hujan turun tapi di negeri-negeri lain pun sama. Sebab mak saya ada bagitahu kat Kelantan juga hujan turun dengan lebat malah di Johor dan negeri-negeri lain pun sama. Alhamdulillah. Allah SWT dengar doa kita semua. 



         Okay. Mari sama-sama doakan semoga semuanya baik-baik saje dan semoga Allah SWT sentiasa makbulkan doa kita. Amin. :)

Wednesday 12 February 2014

Barang-barang Jualan dari D'Mariani Collection



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

    Barang2 jualan dalam page D'Mariani Collection. :)


     Pelapik dagu

abaikan modelnya :D





 Harga : RM2.00 sehelai




Jubah Abaya


Untuk Jubah Abaya ni, korang boleh pilih sendiri nak kain ape, warna ape sbb kami menerima kain sendiri untuk dijahit. :)

Harga: bergantung atas kain. 
Harga upah: RM25

Alas Peti

yang siap dialut untuk dihantar ke kedai


Harga: RM25

Sejadah

contoh sejadah yang diminta oleh pelanggan

 Harga: RM18

Tuesday 11 February 2014

D' Mariani Collection

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t


           Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dan sekarang diberi peluang untuk menulis lagi walaupun dah bertahun tidak menulis. Okay, untuk post hari ini just to promote mak punya page. D'Mariani Collection di ubahsuai oleh adik saya, Aida. Dalam page ini, kami menjual pelbagai barangan seperti baju, jubah Abaya, jubah pengantin, tudung, shawl labuh, alas peti, cadar, & rekaan barang dari benang kait. Kat bawah ni ada link untuk terus ke page tersebut. 

Okay. Itu saje :) Kalau berminat, boleh terus pm. ^^

Tuesday 17 April 2012

Ganjaran dan Tips Menghafaz Al-Quran


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

         Malam ni diadakan Majlis Penutupan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-33 Tahun 1433H/2012M. Ini adalah buat pertama kali ana melangkah ke majlis tersebut kerana majlis ini berlangsung di negeri Perlis yang mana tempat ana menimba ilmu. :) Tahniah kepada para peserta yang menang. Selepas pengumuman keputusan, ana teruja mendengar ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh peserta terbaik wakil dari negeri Terengganu. Beliau adalah peserta dari kategori 1-30 juzuk. :) Tenang sahaja melihat wajah-wajah para peserta hafazan Al-Quran. Hebatnya mereka apabila dapat menghafaz Kitab Suci Al-Quran berbanding ana yang masih tidak mampu menjadi seperti mereka. 





Ada 2 kelebihan menghafaz Al-Quran ini iaitu:
     # Ganjaran di dunia 
     # Ganjaran di akhirat 

Ganjaran di Dunia



  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di Akhirat



  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)


  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)


  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

       Disini ana nak kongsikan tips-tips yang boleh kita ikuti untuk Menghafaz Al-Quran. Semoga ianya boleh dijadikan panduan kepada diri ana, dan kepada sesiapa saja yang bercadang untuk cuba Menghafaz Al-Quran. InsyaALLAH. 

Tips Menghafal Al-Quran

1. Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.

2. Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. temoat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.


3. Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nya di atur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan di ingati. 

4. Ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah ali-imran. mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.

5. Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru.

6. Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.

7. Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.

8. Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.

9. Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.

10. Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.

11. Jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.

12. Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.

13. Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

14. Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH atau SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.

15. Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.

Tips Hafaz Al-Quran dirujuk dari:
http://www.nuristimewa.com/berapa-lama-masa-yang-anda-ambil-untuk-khatam-al-quran.html








Monday 16 April 2012

‎:: AIR MATA HAMBA ::

Pernah tak kita MENANGIS kerana : 


~ Takutkan Allah? 
~ Takut dengan api neraka Allah? 
~ Dosa kita dengan Allah? 
~ Menangis kerana rindukan syurga Allah? 
~ Menangis rindukan kekasih Allah (Nabi Muhammad S.A.W & Para Anbiya')? 
~ Menangis takutkan azab kubur? 
~ Menangis kerana melanggar perintah Allah? 


Berapa kali setiap kali DOA kita menangis? 
Berapa kali tiap kali SUJUD kita menangis? 
Berapa kali kita bangun SOLAT SUNAT TAUBAT dan menangis? 
Berapa kali kita menangis apabila BACA KISAH TENTANG API NERAKA? 
Berapa kali kita menangis tiap kali BERZIKIR akan kebesaran Allah? 
Dan berapa kali kita menangis KERANA Allah? 


p/s: Menangislah, kadangkala manusia terlalu SOMBONG untuk menangis..lalu untuk apa AIR MATA DICIPTA, bukan hanya bahagia yang ada di dunia, air mata diciptakan bukan untuk dikeluarkan untuk sesuatu yang TIDAK BERMANFAAT, bukan untuk KEKASIH YANG TIDAK HALAL BUATMU tetapi hanya untuk Dia.. terima kasih Allah kerana menciptakan air mata ini.. 


♥ Sujud dan Menangislah Kerana Allah..♥

Sunday 15 April 2012

Jom sama-sama amalkan. :)

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah:-

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.