Tuesday 27 December 2011

. :: Fadhilat Membaca Bismillah :: .

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.


1) Seseorang yang membaca bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur akan aman daripada gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala.


2) Membaca 313 kali bismillah sama 100 kali selawat ke atas Nabi s.a.w pada waktu pagi Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat insyaAllah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.


3) Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca bismillah sebanyak 786 kali kemudian ditutup pada air lalu diberi minum anak itu selama 7 hari pada saat matahari terbit, insyaAllah lenyaplah kebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.


4) Membaca 41 kali bismillah ke telinga orang yang pengsan.


5) Sesiapa yang membaca 50 kali bismillah, dihadapan orang zalim akan tunduk dan takutlah orang zalim itu.

Tuesday 20 December 2011

.:: Kisah Pensel dan Pemadam ::.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.


Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih. 

# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan. Mereka adlh ibarat pemadam terbaik utk anak-anak mereka. Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka.

# Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan...
 



# Kalau kehilangan seseorg yg kita syg amat menyedihkan. so, jagalah ia sebelum hilang dari pandangan:(



. :: semngat cinta :: .

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.



BAGAIMANA HAKIKAT SYUKUR YANG SEBENAR???


-Sentiasa menerima apa jua pemberian dari ALLAH SWT dengan hati yang IKHLAS.

-Tidak merasa SEDIH walau apapun yang diberi oleh ALLAH SWT.

-Redha dan berlapang dada dengan setiap pemberianNya.

- Jika kita mendapat sesuatu yang bukan KESUKAAN kita,kita menganggap ia sebagai TARBIAH dari ALLAH SWT...Mungkin ALLAH SWT punya RENCANA yang lebih BAIK untuk kita di masa hadapan...Sentiasa POSITIF dengan ALLAH SWT.

- Dan bila kita mendapat sesuatu yang kita INGINKAN,kita BERSYUKUR padaNya kerana itu adalah HADIAH dari ALLAH SWT.

- Namun,apapun jua NIKMAT yang diberi olehNya. Hendaklah kita sentiasa panjatkan KESYUKURAN. Usah BERSEDIH dan tetaplah TERSENYUM. Teruskan BERUSAHA dalam meraih REDHANYA.

InsyaAllah. (^_^)

Saturday 17 December 2011

Bila Lagi Engkau Hendak Sertai Dakwah???

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.



ZAMAN SEKOLAH

 

1.    Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2.    Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3.    ‘Parents i’ tak bagi le...

4.    Aku takut nanti ganggu akademik.

5.    Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.


ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ


 

1.    ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2.    Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3.    Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

 

ZAMAN HABIS BELAJAR

 

1.    Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2.    Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3.    Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4.    Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

 

ZAMAN KERJA


 

1.    Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2.    Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3.    Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4.    Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

 

ZAMAN KAHWIN


 

1.    Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2.    Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3.    Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4.    Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

 

 

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

 

1.    Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2.    Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

 

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

 

1.    Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2.    Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...

3.    Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

 

 

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN


 

1.    Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2.    30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3.    Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4.    Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5.    Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.

 

ZAMAN DALAM KUBUR


 

1.    Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2.    Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3.    Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4.    Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5.    Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6.    Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7.    Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

 

Aku menyesallllll.........!!!






Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern' :

Friday 16 December 2011

.:: Tentang Hati, Akal, Mata dan Mulut ::.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.


AIR MATA mula membasahi pipi tanpa disedari, HATI mula 

lemah kerana tak mampu untuk mengawal emosi yang kian 

membara. MULUT mula 

menyoal kenapa jadi begitu. HATI cuba mengatasi perasaan 

itu dengan berzikir. AKAL tahu ada hikmahnya disebalik apa 

yang berlaku. MATA 

tak berhenti-henti mengeluarkan AIR MATA. HATI cuba 

memujuk...Namun MATA masih menangis... HATI memang 

TERLUKA namun ia cuba

 menghadapi KESEDIHAN...HATI tahu ia mampu... AKAL

 memberikan kata-kata semangat & motivasi kepada HATI &

 MATA. lalu, MATA pun 

mula berhenti mengeluarkan AIR MATA & HATI mula REDHA 

dengan ketentuanNya

_________________________________________________

Apabia diuji, janganlah menyoal kenapa jadi begitu namum tanamkanlah sifat sabar didalam hati. Redhalah disebalik apa yang terjadi. Luahkanlah isi hatimu kepadaNya. InsyaALLAH... Hati akan merasakan tenang. Sabar,Redha & Tawakkal. :)

p/s: bersabarlaaaa duhai hati.  ^_^

.:: Tips Study ::.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.



1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ni kerana Allah. Tiap kali nak keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa stress kalau kelas start seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul 5. Tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tak la rasa tension sangat kalau kelas tu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri, tiap kali nak study, mesti baca 1 m/s Al Quran sebelum start study tu. Jadi, confirm kita tak tinggalkan Al Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu KISAH YANG SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tak hancur, walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik sebab budak tu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah 'amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tak tahu apa yang special anak saya buat, cuma saya tahu dia ni sangat menjaga Al Quran. Tiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca 1 m/s al quran, memang tak pernah tinggal. Jadi, budak kecik ni pun boleh baca 1 m/s tiap kali sebelum belajar, kita yang besar berjela ni tak kan tak mampu kot. Orang yang hebat takkan bagi alasan, tapi dia sentiasa cari jalan.

3) Bila kita rasa stress sebab berkali-kali dah baca topik tu, tapi tetap tak faham, dan akhirnya, kita rasa fed up dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ni sangat susah dan tak best. Last2, kita tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya kelam kabut waktu nak exam. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada salafus soleh terdahulu. Bila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhu' dan solat sunat 2 rakaat. Kalau macam kita ni yang malas-malas ayam, perbaharui wudhu' pun dah dikira ok. Kembalikan caj2 positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita untuk menuntut ilmu ni, tugas yang sangat mulia.

4) Part paling penting! Bila tengah syok study, tiba2 azan. Berhentilah sekejap untuk menyahut seruan Allah. Tak lama pun solat ni. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya. Jadi, tiap kali rasa berat punggung nak berhenti study untuk solat, ingat balik, kalau aku nak dijemput oleh Allah di yaumul hisab nanti, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita tahu kan, kita lagi rasa mudah bila belajar selepas selesai solat tu. Inilah namanya berkat. Bila kita utamakan Allah daripada benda lain.

5) Last but not least, jangan lupa baca doa dan ambillah wudhu' sebelum mula belajar. Doa mohon Allah bagi kekuatan dalam menuntut ilmu. Dan bila kita ada wudhu' ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah 1 ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dan lagi mudah untuk kita terus solat kalau tengah belajar, tiba2 azan. Kita tak tahu kan dengan wudhu' tu, kita belajar lebih berkat

Jadi, selamat beramal !! Cubalah praktis tips study ni, matlamat kita bukan lah cemerlang dalam study semata, tapi kita juga nak keberkatan daripada Allah. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu)
 
Jadilah seperti Rasulullah dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan baca Al Quran. Buat pemburu dunia, jangan pula kita bagi alasan, mereka tak sama macam kita, iman mereka mantap kerana Rasulullah ada di sisi. Kita tak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas. 
 
Jgn smpai kita berada di skala ke 2 ni. :)

p/s: doakan kejayaan ana jugakkk. (^__^)v

Sunday 11 December 2011

syok kot. hee :D


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah. selesai sudah Program Ketatanegaraan di Kampus Tetap UniMAP, Ulu Pauh, Perlis. Program ini berjalan selama 2 hari iaitu semalam dan arini. Tujuan program ini untuk mendedahkan kepada pelajar UniMAP terhadap perlembagaan pemerintahan Malaysia.


Bagi ana, program ini agak boring lah. Sebab banyak melibatkan politik dan ana tidak terlalu minat untuk menceburi bidang politik. Walaupun tidak suka, ana cuba juga "wat-wat" suka. hee. Semasa program itu dijalankan, kami dibahagikan kumpulan masing-masing yang semuanya terdiri dari pelbagai kaum untuk latihan dalam kumpulan (LDK). Macam ana, ana berada dalam kumpulan yang terdiri dari 5 orang Chinese, 1 orang Kenyal tetapi beragama Kristian dan 7 orang Malay termasuk ana. Kebanyakan mereka semua hebat dalam membentangkan pandangan dalam setiap topik yang diajukan oleh fasilator. 


Sepanjang program itu, banyak topik yang kami bincangkan dan ada juga topik yang boleh membakitkan kemarahan dalam kalangan kami. Kami betul-betul kena brainwash oleh fasilator kerana kami dikehendaki memberi pandangan. Tetapi ana agak lemah kalau melibatkan bab ini. Sebab itu ana banyak diam sehingga lah fasilator tidak mahu tanya ana lagi. hihi. :D


Kami juga dibekalkan dengan makanan setiap masa. alhamdulillah dapat makanan free. hee. Selepas LDK terakhir, kami dibenarkan pulang. Sambil-sambil tunggu driver kami datang ambil, sempat lagi kami tangkap gambar. (-___-)"


ni lah kampus tetap kami ! :D 
tp yang sedihnya kami xstay kat cni.




syiera sempat lagi nk gayut kt atas bukit. :D



ni laa kawan2 ana :)
(dari kiri ina, fiza, umi, ema, iza, aten, zaty,nora n ros. yang berdiri tu mai)

ana xtau antuna wat ape. hee


ni 4 sekawan. :)


haissh nora. :D

p/s: ni saja yang ana dapat coretkan untuk malam ini. :) doakan ana di sini k ! 


Friday 9 December 2011

Sharing is Caring

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.

Dulu masa ana ada masalah study, ana minta tolong dengan bekas lecturer ana kt matrik Kedah. Dia banyak bagi nasihat dan semangat untuk ana terus berusaha. So, di sini ana nak kongsikan sedikit apa yang da diberi oleh beliau.


WE MUST HAVE OUR AIM, DAILY TARGET AND AIM
WHAT IS YOU AIM FOR TODAY?
FOR TONIGHT?
    • after u already have the aim ( NIAT), then you need be      
        FOCUSED.
    • tutup semua DUGAAN SYAITAN DAN APA APA AJA    
        then...
    • kosongkan meja kamu dengan benda yang kamu nak focus aja
then siapkan
    • AKAK SELALU ADA DAILY TIME TABLE
    • THEN IF DAH SETTLE SEMUA PERKARA AKAK AKAN \  
        TICK
    • lagi satu nak berjaya kena KURANGKAN BERSOSIAL



now apa prlu kamu buat :

     1. NILAI DIRI, MANA KELEMAHAN KAMU DALAM  
         SUBJEK RESULT MACAM 'OMBAK' KAMU
     2. NILAI CARA KAMU DALAM KULIAH DAN WAKTU 
         REVISION, BETUL OR EFFECTIVE ATAU TIDAK>>>>  
        ada tak buat early reading before entering kuliah? notes 
        taking? daily revision? mind maping? colours coding? and so  
        on? 
    3. U MUST BE CONSISTENT syg! DONT HANGAT2 TAHI 
        AYAM in learning... we must be istiqomah and consistency is 
        important! kena tregat betul and 
    4. BAIKLAH DENGAN PENSYARAH: pensyarah di univrsity 
        akan tolong kita banyak, sellau if tak faham hari tu.. hari tu 
        juga KEJAR dia ke bilik dia... 
    5. YOU TIME MANAGEMENT : ada buat TARGET?AIM?, 
        TIMETABLE?
    6. YOUR SOCIALIZATION ? JANGAN terlalu 'hapi-hapi' sangat     
         dalam dunia belajar ni kurangkan makan2, bercakap, 
        ber'gang' dan buang masa please be FRIENDLY BUT NOT 
       TOO WASTING OUR TIME TO ENJOY WITH FRIENDS..
    7. weekend is the best moment UNTUK 'BALAS DENDAM' 
       NAK BELAJAR DAN REVISION TIME : If nak 
      outing/makan2 pun take masa lunch until 3pm, but pagi2  
       sebelum happy2 tu study then pulang tu rehat.and study.nak      
       happy  pun, jangan sampai SBTU AND AHAD, u pergi outing            
      and huha.. okay? 
      ENJOR YOUR UNI. LIFE IN THE MANNER OF ' YOU AS   
      STUDENT' NOT AS BUDAK2 SEKOLAH.MATRIC atau 
      pun.orang yang tiada IMPIAN>>>
      kamu ada impian kan? NAK JADI APA? NAK BEKERJA   
      KAN>>>
      THINK ABOUT 10 YEARS AHEAD.. KAMU NAK JADI   
      APA? 
      itu ayat yang saya pegang sejak kecil.....



p/s: semoga bermanfaat. same2 usaha k.

Thursday 8 December 2011

.:: Duhai teman ::.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.


teman,
kita dah lama berkenalan,
selalu berjumpa tak kira malam atau siang,
personaliti ana pun antuna dah faham,
ana ni bagaimana jenis orang.


teman,
ana punya banyak kelemahan,
kadang-kadang buat antuna rasa bengang,
kadang-kadang suka berkata yang menyakitkan,
kadang-kadang punya buruk perlakuan.


teman,
ana pun ada perasaan,
ana pun ada mata nak pandang,
sejak hari tu antuna pandang dan tengok ana semacam,
kalau tak puas hati, 
cepatlah berterus terang,
runsing ana tengok antuna punya perubahan.


teman,
ana tahu ana banyak kesalahan,
takkan sampai macam tu sekali ana pulaukan,
ana cuba nak berbaik bila berdepan,
tapi antuna pandang buat-buat tak paham,
seolah-olah antuna tak pernah kenal ana sejak berkenalan.


teman,
kalau ana salah tolong tegurkan,
ni membisu tanpa sepatah perkataan,
kadang-kadang perbuatanantuna tu menyakitkan,
ana tak sedar apa-apa pun kesilapan yang ana dah lakukan,
tiba-tiba antuna datang terus beri hukuman,
terseksa jiwa, sakit tak tertahan.


teman,
ana ni suka tolong orang,
kalau susah mintak la ana ringankan beban,
ni semacam ana dah tak diperlukan,
semacam ana ni tunggul tepi jalan,
antuna ingat ana tak ada hati dan perasaan,
tapi ana pendam,
sebab nak jaga persahabatan.


teman,
andai antuna rasa puisi ini untuk antuna renungkan,
syukur pada Allah antuna sudah baca ana punya luahan,
moga ada perbaikan,
pada masa akan datang.
ana akan ubah mana kelemahan.




dari kiri: k.nisa, iza, ana, muni & syiera



dari kiri: ros, dila. pija. syiera & rabi.

p/s: terima kasih sudi jadi kawan ana (ain)

Thursday 1 December 2011

.:: Sahabat ::.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.


Bila engkau letih dan hilang semangat,
ALLAH tahu engkau telah cuba sedaya upaya,
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
ALLAH telah mengira titisan air matamu.


Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
ALLAH tetap bersamamu,
Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan..
Apabila engkau telah berazam,MAKA bertaqwa lah kepada ALLAH S.W.T.


p/s: Semoga cepat sembuh. ana perlukan kamu. walau apa pun terjadi, ana tetap bersama kamu. :(

Monday 28 November 2011

.:: Amalan Hati Yang Bersih ::.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.





Imam Ibnu Al Qayyim mengklasifikasikan ibadah dalam 3 (tiga) bahagian, yaitu :

1. Amalan Hati, seperti : Tawakkal kepada Allah SWT., mahabatullah, tawadhu`, khusyû`, niat ikhlash, raja` dan lain sebagainya.

2.Amalan Lisan, seperti : Mengucapkan dua kalimat syahadatain, tasbîh, istighfar, bersumpah atas nama Allah SWT. , berdo`a dan lain sebagainya.

3. Amalan Anggota Badan, seperti : Shalat, puasa, jihad, menuntut ilmu, berdagang, berladang, dan lain sebagainya.

Amalan yang paling afdhal di antara 3 (tiga) jenis amalan tersebut adalah amalan hati yang dilakukan oleh hati manusia beriman. Ada beberapa alasan asasi (dasar) yang menjadi dasar dari keutamaan ini:

1. Amalan hati merupakan penentu sah atau tidaknya suatu amalan
Sesungguhnya amalan lahiriyah yang dilakukan oleh lisan dan anggota tubuh lainnya tidak akan diterima oleh Allah SWT., selama tidak disertai dengan amalan hati (niat) yang merupakan dasar bagi diterimanya suatu amal lahiriah. Sabda Rasûlullah SAW:

"Sesungguhnya seluruh amalan harus disertai dengan niat." (Muttafaqun `Alaihi dari Umar bin al-Khaththab ra.)

Karena itu suatu amal atau pekerjaan atau aktiviti(apapun bentuknya) sangat bergantung dan terkait dengan niatnya. Suatu amal tanpa disertai dengan suatu niat yang benar, seperti halnya badan tanpa ruh atau seperti pohon tanpa buah, tidak berfungsi, dan tidak menguntungkan sedikitpun.

Hatilah yang dinilai oleh Allah SWT, karena bila bersih niatnya, maka Allah SWT. akan menerima amalannya dan apabila kotor hatinya (niatnya tidak benar atau berbau syirik atau tidak ikhlash), maka dengan sendirinya amal tersebut akan ditolak, sabda Rasûlullah SAW:

"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk tubuh dan rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu sambil Beliau mengarahkan jari-jariNya ke dadanya" (H.R. Muslim dari Abû Hurairah ra ).

2. Hati merupakan cerminan hakikat pemiliknya
Dalam shahîh Bukhari dan Muslim disebutkan bahwa Nabî SAW bersabda:

"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rusak, maka rusaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal darah itu ialah hati." (Muttafaqun `Alaihi, dari Nu`man bin Basyîr).

Untuk lebih memperjelas pemahaman hadîts di atas marilah kita mengingat kembali firman Allah SWT yang termuat dalam surat Asy-Syams, ayat 8 - 10 :

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, (QS. 91:8) sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)."

Dalam hati manusia terdapat dua jenis "bibit penentu", yang satu kita sebut saja sebagai "bibit kebaikan" yang merangsang dan mendorong manusia untuk melakukan amal kebaikan atau perbuatan yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT., sedang yang lainnya kita sebut dengan "bibit kejahatan" yang merangsang manusia untuk melakukan melakukan perbuatan fahsya (keji) atau kemungkaran kepada Allah SWT.

Al-Fujûr merupakan "benih kejahatan" yang dengan istilah lainnya dikenal sebagai nafsu syahwat syaithaniyah yang senantiasa membisiki dan menghembusi manusia untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan tercela lagi berdosa yang akan mengantarkannya ke jalan kefasikan dan berhilir di neraka. Sedang at-Taqwa merupakan "benih kebaikan" yang senantiasa memotifasi dan memobilisasi manusia untuk melakukan amal kebajikan dan pekerjaan yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

Dari sini kita dapat mengetahui bahwa pada hati manusia terdapat 2 (dua) kekuatan yaitu kekuatan "Fujur" dan "Taqwa" (sebagaimana yang dipaparkan dalam surat Asy-Syams di atas) yang selalu bertempur untuk saling mengalahkan satu dengan yang lainnya sehingga salah satu dari keduanya menjadi pemenang atau lebih mempunyai pengaruh dalam menentukan perilaku kehidupan "tuannya".

Apabila setiap rangsangan "benih kebaikan (At-Taqwa)" ini yang timbul dalam diri manusia selalu direspon dalam bentuk amal shalih secara benar dan kontinue (berkesinambungan) maka dengan sendirinya "benih kebaikan" akan semakin berkembang dan akan mendominasi atau mengusai hati "tuannya".

Sehingga idea, pola fikir, keperibadian dan seluruh anggota tubuhnya akan menjadi baik karena mengikuti arahan2 yang datang dari hati yang dipenuhi dengan "benih kebaikan". Maka jadilah "tuannya" ini termasuk orang-orang beruntung yang mampu membersihkan jiwanya dari nafsu syahwat syaithaniyah karena ia hanya mau merespon bisikan dan panggilan kebaikan (taqwa) saja. Sebagaimana firman Allah SWT:

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9)

Dan sebaliknya bagi manusia yang lebih sering merespon tuntutan nafsu syahwat syaithaniyahnya maka tindakan tercela lagi berdosa itu dengan otomatik memberikan ruang dan mempercepat pertumbuhan serta peluasan "benih-benih kejahatan (fujûr)" sehingga benih ini akan mendominasi hatinya. Dari Abû Hurairah ra bahwa Rasûlullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya orang mukmin, ketika ia berbuat dosa maka (saat itu juga) akan menempel titik hitam di hatinya, jika ia bertaubat dan mencabut (dirinya dari perbuatan dosa tersebut) dan memohon ampunan maka hatinya (kembali) bersih, jika ia menambahinya (dengan perbuatan dosa lagi) maka titik hitam itu bertambah pula di dalam hatinya.

Selanjutnya itulah "ran" yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

"(Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka)."

Hadits hasan, dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam "Kitab Az-Zuhd, bab Dzikru Adz-Dzunûb.

Pada saat hati manusia dikuasai oleh "benih-benih kejahatan (fujûr)" maka ide, pola fikir, keperibadian dan seluruh anggota tubuhnya akan menjadi buruk karena mengikuti instruksi-instruksi yang datang dari hati yang dipenuhi dengan "benih kejahatan", sehingga jadilah ia termasuk orang-orang yang merugi karena ia telah mengotori dan mencemari jiwanya dengan selalu menuruti nafsu syahwat syaithani,

sebagaimana firman Allah SWT

"Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)."

Dalam kitab Minhajul Qashidîn dikatakan:

Bahwa sesuatu yang paling berharga, paling bernilai dan paling mulia pada diri manusia adalah hatinya. Sedang anggota tubuh hanya sekedar mengikuti dan menjadi pelayan hati, sebagaimana seorang tuan yang memerintahkan hamba sahayanya sebagai pelayannya.



p/s: mari sama-sama menjaga hati daripada dikotori dengan titik hitam. :)