Sunday 11 December 2011

syok kot. hee :D


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah. selesai sudah Program Ketatanegaraan di Kampus Tetap UniMAP, Ulu Pauh, Perlis. Program ini berjalan selama 2 hari iaitu semalam dan arini. Tujuan program ini untuk mendedahkan kepada pelajar UniMAP terhadap perlembagaan pemerintahan Malaysia.


Bagi ana, program ini agak boring lah. Sebab banyak melibatkan politik dan ana tidak terlalu minat untuk menceburi bidang politik. Walaupun tidak suka, ana cuba juga "wat-wat" suka. hee. Semasa program itu dijalankan, kami dibahagikan kumpulan masing-masing yang semuanya terdiri dari pelbagai kaum untuk latihan dalam kumpulan (LDK). Macam ana, ana berada dalam kumpulan yang terdiri dari 5 orang Chinese, 1 orang Kenyal tetapi beragama Kristian dan 7 orang Malay termasuk ana. Kebanyakan mereka semua hebat dalam membentangkan pandangan dalam setiap topik yang diajukan oleh fasilator. 


Sepanjang program itu, banyak topik yang kami bincangkan dan ada juga topik yang boleh membakitkan kemarahan dalam kalangan kami. Kami betul-betul kena brainwash oleh fasilator kerana kami dikehendaki memberi pandangan. Tetapi ana agak lemah kalau melibatkan bab ini. Sebab itu ana banyak diam sehingga lah fasilator tidak mahu tanya ana lagi. hihi. :D


Kami juga dibekalkan dengan makanan setiap masa. alhamdulillah dapat makanan free. hee. Selepas LDK terakhir, kami dibenarkan pulang. Sambil-sambil tunggu driver kami datang ambil, sempat lagi kami tangkap gambar. (-___-)"


ni lah kampus tetap kami ! :D 
tp yang sedihnya kami xstay kat cni.




syiera sempat lagi nk gayut kt atas bukit. :D



ni laa kawan2 ana :)
(dari kiri ina, fiza, umi, ema, iza, aten, zaty,nora n ros. yang berdiri tu mai)

ana xtau antuna wat ape. hee


ni 4 sekawan. :)


haissh nora. :D

p/s: ni saja yang ana dapat coretkan untuk malam ini. :) doakan ana di sini k ! 


No comments: