Assalamualaikumwarahmatullah.....
saat ini, hatiku terfikirkan sesuatu yang selama ni tak pernah ku terfikir.
hurm.. perlukah aku luahkan disini??
tp xpe. sekadar perkongsian bersama.
Diri ini rindukan perubahan...
Aku cuba untuk lakukan yang terbaik
Tapi, aku masih belum puas dengan apa yang aku lakukan..
Hmm.. kadang2 rasa macam, diriku inilah yang paling hina disisi Allah...
Aku tak ingin merebut perhatian manusia..
Aku tak ingin diperhatikan oleh manusia..
Cukuplah hanya Allah tempat untuk aku menarik perhatian..
Kerana, sekiranya aku hanya inginkan perhatian manusia , apa yang akan aku dapat?
kekayaan? pujian ? kedudukan ? semuanya kepentingan dunia..
aku tak mahu semua itu..
sekiranya Allah tujuan hidupku,
sekiranya Allah matlamatku,
sekiranya Allah segalanya bagiku,
insyaAllah, hidupku sentiasa dalam keredaanNya..
itulah yang aku mahukan dalam hidupku..
tapi......
sekiranya semuanya itu tidak......
nauzubillah min zalik...
“Ya Allah, perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempatku kembali & jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan. Serta jadikanlah kematian sebagai istirehat bagiku daripada segala kejahatan”
insyaAllah,, moga2 , perubahan2 yang Allah berikan kepada kita dalam kehidupan ini hanyalah kehidupan ke arah kebaikan semata-mata.
Kuatlah duhai iman,
Bermujahadahlah dalam setiap perkara..
Allah tahu apa yang kau cuba lakukan...
Allah tahu niat hamba2nya..
Ku cuba untuk berdakwah kepada orang lain,
Ku cuba untuk menegur rakan2 ku..
Tapi , aku mencari jalan yang terbaik untuk menegur mereka..
Agar mereka menerima teguran ku dengan baik..
Agar mereka tidak tersinggung..
Agar mereka memahami erti sebenar kehidupan..
Tapi....
Dulu, aku pernah tegur salah seorang rakanku,,
Pada mulanya dia boleh menerima teguran ku..
Aku nampak perubahan yang dia lakukan..
Tapi,semuanya itu hanyalah sementara..
insyaAllah, ku berharap moga pada suatu hari nanti dirinya berubah..
Diriku..
diriku pun apa kurangnya..
banyak kelemahan..
pernah sekali, ketika diriku down,
aku sendiri tak dapat mengawal diriku
aku mengajuk dengan diriku sendiri
aku tak mampu bertahan..
saat itu,aku jumpa satu ‘pemujuk’ yang berdamping denganku
Sudah lama ‘pemujuk’ itu sudah wujud di dalam diri manusia
Itulah dia satu makhluk bernama tangisan
Aku pernah terbaca dalam satu blog ,
Cuma aku olahkan sedikit maksudnya bersesuaian dengan apa yang ku ingin sampaikan
Hakikatnya, menangis itu sendiri satu pujukan untuk diri.
Kita lepaskan bebanan itu dalam bentuk air ibarat membuka empangan yang menahan air.
Tetapi jangan menangis seperti orang biasa.
Sepatutnya Kita orang beriman adalah manusia luar biasa.
Menangislah sambil berfikir.
Berfikir akan masalah yang sedang dihadapi,
ujian yang sedang ditanggungi.
Jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati,
keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.
Itulah yang ku lakukan..
Menangis bukan untuk menambahkan kelemahan,
Menangis adalah untuk melapangkan jiwa..
Ambil peluang saat kita menangis,
Untuk rasa kerdil dihapadapan Allah..
Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.
Moga-moga dengan terhapusnya ego kita,
Allah mendamaikan jiwa,
melapangkan hati,
dan memberikan kita ketenangan
dan jalan keluar kepada masalah kita.
“…kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” Surah Al-Israa’ ayat 107-109.
Selalunya, apabila kita hadapi masalah,
Kita akan cuba lari daripada menyelesaikannya..
Sepatutnya , Hadapi masalah. Jangan lari ! (peringatan buat diriku dan dirimu)
Justeru pujuklah diri. Kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu.
Saya terpaut dengan kata-kata yang ditulis di blog Hilal Asyraf =
Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Langkahinya. Lari tidak menyelesaikan apa-apa.
Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu,
penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan.
Mungkin selepas kita tabah menghadapinya,
kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.
Siapa tahu.
Tetapi yang saya tahu, Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.
Termasuklah ujian.
Mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan, Allah hendak ajarkan,
Allah hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu.
Hanya diri kita sendiri yang mampu untuk mengubah diri kita..
fastabiq khairat !
p/s: semoga dapat manfaat. :)
No comments:
Post a Comment