Thursday, 5 April 2012

Satu Kisah Cinta

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 


3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua
itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. 


Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya
kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.


"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.


"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya
inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.


Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?
Dan akhirnya dia bertanya.


"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.


"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?" 


Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.


Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 


'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.


"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."


"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."


"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan
ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lainmencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."


"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan
menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat
menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami." 


"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."


"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."


"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.
Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."


"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."


"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki,mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."


Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.


"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.
Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." 


Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.


Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Saturday, 31 March 2012

Tawakal

Tawakkal itu termasuk pekerjaan hati, terpaut di hati dalam menghadapi sesuatu persoalan atau pekerjaan, di mana manusia merasa bahawa dengan kekuatan sendiri tidak akan sanggup menghadapinya tanpa bersandar kepada kekuatan Allah SWT.

Apa yang terpaut dalam hati dengan keyakinan tersebut dipancarkan ke luar dengan mengucapkan ‘hasballah’ sebagai berikut:

Hasbi Allah wa ni’mal wakil
“Allah cukup bagiku dan Ia sebaik-baik Penjaga”

Demikian juga dengan lafaz-lafaz ‘hauqalah’:

Laa hawala walaa quawwata illa billaah
“Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah”

Selain daripada itu dalam hadis ditemukan sejumlah doa dan zikir yang isinya mengandungi pernyataan tawakkal kepada Allah dalam menghadapi urusan penting dan keadaan genting.

Salah satu kaifiat tawakkal dalam menghadapi suatu rencana penting yang masih samar hasilnya, apakah kelak membahayakan ataukah menguntungkan dunia dan agama, ialah dengan cara solat istikharah, mengerjakan sembahyang dua rakaat kemudian mengucapkan doa istikharah, mohon kepada Allah agar dipilihkan dan ditakdirkan mana yang lebih baik dan bermanfaat bagi dunia dan agama kemudian redha menerima keputusan apa saja yang berkaitan dengannya.



Sunday, 11 March 2012

Waktu-waktu mustajab untuk berdoa

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Terdapat 22 waktu dimakbulkan do’a:-

1.Berdo’a sewaktu hujan turun.
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).
2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

“Apabila imam mengatakan ‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan ‘Amin’ bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.

“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6.Waktu di antara azan dan iqamah.

“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

7.Ketika sujud dalam solat.

“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).
8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.

9.Selesai solat fardu.

“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

10.Sepanjang waktu berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.

12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.

13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).

14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.

“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)


16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.

“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”

18.Waktu menerima ujian.
“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati  nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)

19.Ketika berperang kerana Allah.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)



20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)
21.Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.

22. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari)    Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a diwaktu-waktu mustajab do’a. 
Semoga dengan ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.
(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)

#Jangan lupa doakan saudara seagama kita khususnya saudara2 kita di Syria sekarang.

Friday, 2 March 2012

Melawat perpustakaan baru. :D

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. :) Sebenarnya sudah lama ana x update entry baru. Mungkin agak busy sikit apabila masuk sem baru ni. Semalam ana dan kawan-kawan buat pertama kali melawat Perpustakaan UniMAP Kampus Utama Ulu Pauh. Perpustakaan ini baru sahaja dibina dan ia still nampak baru. Manakala rak buku masih banyak lagi kosong. Tetapi ana percaya selepas ini buku-buku akan bertambah. Perpustakaan ini agak besar dan sangat menarik. Apa yang penting, ana SUKEEEE !! hee. :D Semasa kat sana, ana lawat satu persatu ruang dalam perpustakaan itu. Sangat-sangat hebattt. :D Ada satu ruang untuk menonton TV itu terdapat 4orang pelajar lelaki. Ana ingatkan mereka menonton TV tetapi, mereka tengah zzZZZZZ. hihi. Ada ke patut? haisshh. :)  Then, apabila masuk ruang rujukan, ada juga pelajar tidur kat meja. Nampak sangat syokkk berada di sana. :) Ruang untuk solat pun sangat-sangat elok. Bersih dan tenang. :) 

 mus tengah tolong nora kuncikan loker 

 alex je kawan Cina kami yang ikut :)

rabi pun sama tengah tolong dila. 

kesian. :) masing-masing xbiasa dengan sistem tempat baru

ape yang su tunjuk pun xtau -__-"

naek tingkat atas kena pusing ni. kena jalannnn jauh. :D

nampak tu "UniMAP" !

hihi senyum jee antuna semua ni. :)

ros :)


Nanti insyaAllah akan pergi lagi. Harap semua pelajar UniMAP pun boleh sentiasa pergi tempat ni. :) 

Sunday, 19 February 2012

Andai...

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah, 
andai aku jatuh cinta maka, 

cintakanlah aku pada yang lebih mencintaiMu.

Andai aku rindu maka,

rindukanlah aku pada yang sentiasa merinduiMu.

Andai aku mengharap,

harapkanlah aku pada yang sentiasa mengharapkanMu.

:: Semoga dipermudahkan. 



Wednesday, 15 February 2012

Mencari hikmah yang tersembunyi



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t


Dalam mencari laluan berliku. Apakah diri ni terasa mampu??

Bila ujian silih berganti..Terlalu berat memikulnya kini..


Ya Allah berikan aku kekuatan hati...

Hanya kekuatan hati dan diri. Pinta hamba dari Illahi


Semoga tidak sesat dalam mencari..


Hikmah yang masih tersembunyi.. 



InsyaAllah... 


Doakan kesejahteraan ana sahabat semua..

Monday, 13 February 2012

Result keluar ! :)

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana melimpahkan rezeki kepada ana. Hari ni result keluar. Dari pukul 8 malam lagi ana tunggu untuk check result . Sebenarnya ana takut sangat sebab xnak kisah lampau berulang. Tapi, alhamdulillah dapat result yang memuaskan. :) Sekarang dah xtakut dah. Tapi, insyaAllah ana akan usaha lagi untuk sem depan. 


سُبْحَانَكَ اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّي حَقَّا حَقَّا، سَجَدْتُ لَكَ يَارَبِّ تَعَبُّدًا وَرِقًّا. اَللَّهُمَّ اِنَّ عَمَلِي ضَعِيْفٌ فَضَاعِفْ لِي. اَللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تُبْعَثُ عِبَادُكَ وَتُبْ عَلَيَّ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 

Maha Suci Engkau. Ya Allah, Engkaulah Tuhaku yang 

sebenarnya, aku sujud kepada-Mu ya Rabbi sebagai pengabdian

dan penghambaan. Ya Allah, sungguh amalku lemah, maka lipat 

gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah, selamatkan aku dari siksa-

Mu pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan, terimalah taubatku,

 sesunguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha 

Penyayang.


Ameen. :)

Sunday, 12 February 2012

Melawat kubur nenek. :)

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Masih lagi boleh  bersama semua hari ini. Tetapi, ana xtahu nak update apa malam ni. :) Sebenarnya hari ni ana pergi ziarah kubur arwah nenek. Rindu sangat kat dia. Ana sempat baca yassin masa kat sana. Ana doakan arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang solehah. Ameen. :)


"Ya Allah, tutuplah segala aib kami sewaktu kami masih hidup dan setelah kami pergi meninggalkan dunia."

ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت


Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian